Showing posts with label IBADAH. Show all posts
Showing posts with label IBADAH. Show all posts

Friday, June 5, 2015

4 Tip Gandakan Rezeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
Assalammualaikum Dunia
Allah menganugerahkan rezeki dalam berbagai-bagai bentuk termasuklah keluarga bahagia, kesihatan dan kemudahan dalam segala urusan. Rezeki boleh bertambah atau berkurang dalam bentuk kuantiti mahupun keberkatan. Jumlah pendapatan bukan kayu ukur keberkatan rezeki. Yang paling utama keberkatan rezeki tersebut.

Allah memberi peringatan :
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku menambah nikmat kepada kamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, pasti azab-Ku sangat berat." (Ibrahim 14:7)


Berikut empat peluang untuk menggandakan rezeki yang boleh kita lakukan di tempat kerja :

1) Menjalinkan hubungan silaturahim
Membina hubungan baik dengan rakan sekerja, majikan dan pelanggan merupakan peluang untuk meluaskan rezeki. Nabi bersabda, " Sesiapa ingin dilapangkan rezeki dan dilambatkan ajal maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat al-Bukhari)

2) Memberi manfaat untuk menerima
Sikap murah hati dengan rakan sekerja boleh menyuburkan rezeki. Fitrahnya kita akan menerima kembali perkara yang kita beri. Pemberian boleh kita lakukan dalam bentuk hadiah, sedekah, dan seumpamanya. "Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelalki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan kepada mereka, dan bagi mereka pahala yang banyak." (Al-Hadid 51:18)

3) Menunaikan hajat
Semua manusia berhajat akan sesuatu. Namun tidak semua hajat kita dapat dilaksanakan sendirian. Kadangkala kita perlukan bantuan orang lain. Alangkah gembira dan bahagianya andai hajat kita kita itu diperoleh.
Marilah kita berazam untuk menjadi orang yang selalu menunaikan hajat seseorang. Tunaikanlah hajat kawan, ketua, pelanggan, pemegang saham dan seumpamanya. Nabi bersabda : " Sesiapan yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya." (Riwayat Muslim)

4) Menolong yang lemah
Hulurkan bantuan dengan ikhlas hanya mengharapkan redha Allah. Kita perlu yakin bahawa segala kebajikan akan dibalas setimpal oleh Allah.
Nabi menjelaskan : " Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah dalam kalangan kamu." (Riwayat al-Bukhari)

Hubungan kita dengan Allah sahaja tidak cukup. Banyak kaedah yang diajarkan Nabi bahawa untuk menambah keberkatan rezeki, kita perlu membina hubungan dengan manusia.
Sumber :Solusi Isu 71, Hj Zainuddin Ali


Jom sesiapa yang nak dapatkan side income, Nisa nak tolong.


♥ SID : Khairunnisa

♥ ID No : 1200126

♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB

    Sunday, May 31, 2015

    10 Cara Kalahkan Marah

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
    Assalammualaikum Dunia
    Sebelum Nisa ada share tentang 3 sebab perlu mengawal marah. Post sebelum ni, Nisa ada kata nak share tentang cara kalahkan marah. Jom kita baca sama-sama.
    1) INGAT FADILAT ORANG YANG MENAHAN MARAH
    Siapa yang mampu mengawal kemarahan akan diberi ganjaran di dunia dan akhirat. Allah akan memberkati hidupnya kerana dia tidak menzalimi orang lain. 
    Allah berfirman: Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kessalahan orang itu. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu? (Al-Nur 24 : 22)
    2) INGAT MURKA ALLAH
    Ketika ditanya kepada Rasulullah : " Apakah yang menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah?".
    Jawab Nabi : "Janganlah kamu marah". (Riwayat Ahmad)

    3) UCAPAKAN TAAWUZ
    Sulaiman bin Shurad menceritakan : " Semasa aku duduk bersama-sama Nabi, kelihatan dua orang saling mencaci. Lalu salah seorang menjadi marah dan merah mukanya. Kemudian sabda Nabi, "Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan seandainya dia mengucapkannya pastilah hilang marah itu daripadanya : 
    أعوذ بالله من الشيطان الرجيم : " Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk." (Riwayat al-Bukhari)
    4) BAYANGKAN BETAPA BURUKNYA RUPA DAN PERILAKU KETIKA MARAH.
    Wajahnya sangat buruk. Jika orang yang marah dapat melihat wajahnya sendiri ketika marah, dia akan berasa malu.

    5) INGAT PEMBALASAN DI AKHIRAT
    Mereka akan dimurkai dan dihumbankan ke neraka. Menyedari hakikat itu, orang yang lebih bijak rela menahan sifat marahnya di dunia daripada terpaksa menahan azab api neraka. Nauzubillah.

    6) INGAT BALAS DENDAM PIHAK YANG DIMARAHI
    Setiap kemarahan yang dilampiaskan kepada seseorang akan menimbulkan kemarahan kepada pihak yang 'kene marah'. Jadi tindakan mengawal marah akan menyelamatkan diri daripada kejahatan orang yang berdendam dan hasad dengki.

    7) BERWUDHU
    Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya marah daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api, dan hanyasanya api dapat dipadamkan dengan air, maka apabila ada di antara kamu marah hendaklah dia berwudhu." (Riwayat Abu Dawud)
    8) UBAH POSISI FIZIKAL
    " Apabila seseorang marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring." (Riwayat Abu Dawud)

    9) BERDIAM DIRI
    " Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi mengulangi ucapan baginda tiga kali. (Riwayat Ahmad)

    10) TARIK NAFAS DALAM-DALAM DAN PANJANG, BERSELAWAT DAN BERISTIGFAR
    Apabila rasa marah mula terasa sukar dikawal, tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam dan lepaskan. Berselawatlah dan beristigfarlah berulangkali. InsyaAllah kemarahan akan beransur reda dan kerasionalan akan kembali.

     Semoga kita tergolong dalam di kalangan orang-orang yang sabar dan mampu kalahkan marah.

    Sumber : Artikel Marahlah Tetapi Bukan Kerana Marah, Pahrol Mohamad Juoi

    Saturday, May 30, 2015

    Cerdik Baik

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
    Assalammualaikum Dunia
    1. Doa Anak Soleh

    Selagi hidup, kita akan berdepan dengan berbagai-bagai masalah. Tetapi ramai dapat membantu kita semasa di dunia ini. Apabila kita mati, masalah kita akan bertambah dan tiada siapa yang dapat bantu, kecuali doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain.
    Apabila kita mati, masalah kita akan bertambah dan tiada siapa yang dapat bantu, kecuali doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain.
    2. Orang Kaya

    Orang yang kaya bukanlah orang yang punya segala-galanya. Tetapi orang yang sentiasa bersedia memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Semoga Allah menjadikan kita semua orang kaya,

    3. Hidup dan Mati

    Tidak ada orang yang minta untuk dilahirkan. Tidak ada orang yang tahu tarikh kematian. Tatkala manusia, memmanfaatkan kegidupan sebelum tiba kematian. Sebab kematian itu pasti mendatangani setiap kelahiran. 

    Karya hati dan budi : Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

    3 Sebab Perlu Mengawal Marah

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
    Assalammualaikum Dunia
    Marahlah tetapi bukan kerana marah

    Musuh kebijaksanaan ialah sifat marah. Berapa ramai orang yang bijak, tetapi akhirnya jatuh terhina kerana gagal mengawal kemarahan. Apabila marah, akal akan ditawan oleh emosi. Diri hilang kendali. 
    Pesanan pendek Nabi : "Jangan marah". Sebenarnya kemampuan mengawal marah ialah kemuncak sifat mahmudah. Maksudnya sikap ini terhasil daripada sifat pemurah, pemaaf, redha dll. Justeru pesanan baginda agar jangan marah samalah seperti menyuruh kita membina sifat-sifat mahmudah yang ' menghasilkannya' terlebih dahulu.

    3 sebab perlu mengawal marah :

    1. Perintah Allah dan Sunnah Rasulullah
    Orang yang beriman sentiasa akur dan taat kepada perintah Allah. Melampiaskan marah di luar batas syariat adalah sifat terkeji. Banyak ayat Al-quran dan hadis yang melarang dan mencela sifat marah. Marah berpunca daripada takbur yang merupakan sifat syaitan. Daripada marah juga timbullah sifat dendam dan dengki. kesannya. hilanglah kebahagiaan dan ketenangan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Orang yang menurut rasa marah  dan melanggar syariat akan diancam dengan api neraka.

    2. Punca penyakit kronik



    Marah akan menghasilkan kesan psikologi dan biologi. Ketika marah, denyut nadi dan tekanan darah akan meningkat. Begitu juga dengan tahap hormon, adrenalin dan noradrenalin. Oleh itu, marah akan memberi kesan pada jantung, ginjal dan paru-paru dan organ dalaman manusia lain-lain. Kajian membuktikan marah mudah diserang penyakit darah tinggi, lemah jantung, tekanan dan kemurungan.

    3. Malaikat menjauh
    Salah satu sebab malaikat meminggir dan syaitan hampir adalah tatkala kita sedang marah. "Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk bersama sahabat, lalu ada seorang mencaci Abu Bakar, tetapi Abu Bakar diam. Dia menyakitinya kedua kali, tetapi Abu Bakar masih diam. Lalu dia mencacinya lagi. Kali ini Abu Bakar membalas. Lantas Rasulullah beridiri. Abu Bakar bertanya, "Apakah engkau marah kepadaku,ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda, " Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang dia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaitan duduk di situ, maka tidaklah patut aku duduk kerana syaitan duduk di situ." (Riwayat Abu Dawud)

    " Rasulullah bersabda, " Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang dia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaitan duduk di situ, maka tidaklah patut aku duduk kerana syaitan duduk di situ." (Riwayat Abu Dawud)
    InsyaAllah untuk post yang seterusnya Nisa nak share 10 cara kalahkan marah. Topik yang menarik untuk dikupas.

    Sumber : Solusi isu 72, tulisan Pahrol Mohamad Juoi

    Friday, May 29, 2015

    It All Starts Here

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
    Assalammualaikum Dunia

    Get Moving !

    Success doesn't come to those wait around for it. It comes to those who create it!

    Following are five steps to get you started.

    1. Analyze your current situation.
    • Are you happy with what you are doing now? Do you like the field you are in? Are there any real opportunities for growth? Your honest answers to these questions can help you determine if it's time to move on.
    2. Brainstorm for career alternatives.
    • This is a big one! use the career advice section and do extra research about fields you find interesting. 
    3. Do you have the right education?
    • As you consider your career options, it's important to make sure you have the proper education.
    4. Work to develop you skills.
    • Every experience in life can teach you something. Start looking around for opportunities to learn new things.
    5. Volunteer.
    • Organizations are always looking for volunteers. They can help you wonderful connections.

    Let's help them ! This is one of our social responsibility for our ISLAM



    Taken from : Business success in your 20s & 30s, Robert Sofia 

    Thursday, May 28, 2015

    Daily Reflections 01

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  

    Assalammualaikum Dunia
    PROBABLY THE MOST important deposit you can make into an Emotional Bank Account is just to listen, without judging or preaching or reading your own autobiography into what someone says. Just listen and seek to understand. Let him feel your concern for him, your acceptance of him as a person.
    He may not respond at first. But as those genuine deposits keep coming, they begin to add up. That overdrawn balance is shrinking.
    p.190

    Taken from : Daily Reflections for Highly Effective People, Stephen R.Covey

    Tuesday, May 26, 2015

    Pra Ramadhan

    Assalammualaikum Dunia....

    Amacam ibadah kita hari ni? Harapnye kita lebih baik dari semalam dan akan bertambah baik dari hari ke hari. Bertapa beruntungnya kita menjadi Hamba ALLAH kerana iman manusia boleh bertambah dari hari ke hari sedangkan iman Malaikat pun konsisten sahaja. ayuh ucapkan ALHAMDULILLAH setiap hari tanda kita beterima kasih pada ALLAH.

    Ramadhan dah tak lama ni, bulan ibadah yang ditunggu2 oleh orang-orang yang beriman. Moga kita tergolong di kalangan golongan org2 yg beriman. Amin...

    Di sini sy share lagu favorite sy setiap kali nak tiba ramadhan. makin terasa keseronokan nk menyambut bulan penuh rahmat ini.