Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Tips Elak Stress Di Tempat Kerja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم      
Assalammualaikum Dunia

Tak dinafikan kadang-kadang ada masanya kita rasa sgt stress dengan kerja ataupun sebenarnya kita selalu stress di tempat kerja. Adakalanya, kita sampai blur dengan kerja sendiri. Kerja nak kene kejar due date lagi la buat kita rasa "aduhhhhhh...kenapa la nasib aku macam ni!!". Kerja yang last minit nak kene settle bertambah lagi stress. Kerja yang terpaksa menunggu org lain settle dlu, br bleh kte proceed utk part kita, lagi la "geramnyeeeeee...". Banyak betul asbab musabab yang boleh buat kita rasa stress kt tempat kerja.

So, lets check it out, ape kita boleh buat untuk elak stress :

  1. Cari punca tekanan - Kadangkala kita sendiri tahu apa yang menyebabkan punca stress di pejabat. Mungkin suasana pejabat, orang-orang di sekeliling kita, bos, atau pekerjaan yang tidak sesuai dengan diri kita. Jadi anda harus mengenalpasti punca tekanan anda terlebih dahulu.
  2. Berehat sebentar – Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
  3. Tarik nafas dalam-dalam – Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
  4. Berbincang dengan rakan – Masalah takkan selesai jika anda mendiamkan diri dan makan hati. Sebaiknya jika anda segan atau malu berbincang dengan teman sekerja atau bos, anda boleh juga meluahkan ia pada rakan terdekat atau pasangan anda. Mungkin ada idea atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.
  5. Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk bersantai, menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
  6. Layari laman web anti-stres – Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block di pejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat.
  7. Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda. Di gimnasium juga terdapat kelas aerobic, yoga dan tarian yang boleh menyihatkan tubuh dan minda.
  8. Ketawa  dan senyum – memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
  9. Makan dengan betul – Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress.
  10. Ambil supplemen yang bersesuaian - Pengambilan supplemen juga penting bagi kecerdesan minda kita dan ia juga dapat membantu kita untuk kekal bertenaga sewaktu kerja. Contohnya, anda boleh mengambil B-Complex Shaklee. B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Harapnya tips ini sedikit sebanyak dapat kita praktikkan dan membantu kita mengurangkan stress di tempat kerja.

"LOVE YOURSELF, ENJOY YOUR LIFE"

♥ SID : Khairunnisa
♥ ID No : 1200126
♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB

Sunday, June 21, 2015

Happy Ramadhan


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم     
Assalammualaikum Dunia

Sori-sori... Nisa lupa nak wish Happy Ramadhan to all muslim. Dah masuk Ramadhan ke-4 baru nak wish, ntah pape la Nisa ni. 
So, amacam puasa masing2 selama 4 hari ni? Nisa setakat ni Alhamdulillah. Ada masa letih yang amat, ada masa bertenaga terlebih, ade masa biasa2 je...hehe.


Nak cite pasal sahur, penting taw kita ni bersahur. Nampak macam mudah je pengambilan sahur tapi sebenarnya kesan pengambilan sahur ni amat dalam. Nisa kalau tak sahur memang rasa nak baring je, melepet je tapi kalau sahur dengan makanan seimbang Alhamdulillah dapat bertahan dengan lebih baik. Kalau Nisa sahur dengan makanan seimbang bersama Cinch Shake Shaklee dan ambil Vita-Lea Shaklee makin bertenaga, lain macam punya tenaga. Bila time berbuka pun, xdela rasa nak lahap semua juadah makanan. Makan secara berpatutan. Banyaklah Nisa rasa perubahan dari Ramadhan sebelum ni. Sebab sblm ni, Nisa mesti time buka nak makan sampai ke depan perut ni, maklumlah orang badan besar ni kuat makan. 

Nisa sendiri rasa perubahan yang lebih baik lepas mengamalkan sahur dengan Cinch Shake Shaklee. Ambil sekali sehari pun memadai tapi kalo nak lebih best ambillah time buka sekali, ikut kesesuaian masing2. Bila buka makan secara berpatutan, solat terawih pun rasa seronok dan lebih fokus sebab tak perlu tahan perut yg xlarat rukuk dan sujud. Alhamdulillah.

Cinch Shake ni sesuai sangat diambil oleh orang-orang yang nak diet di samping masih nak bertenaga terutama bulan puasa ni. Boleh diet tapi tak letih. 

Nisa suggest jugak kalau sesiapa yang nak dapat sumber protein untuk power, boleh try ESP Soy Protein. ESP ni satu keluarga pun boleh minum. 

Jangan pening-pening kalau rushing nak makan sahur sebab kalau tak sempat makan boleh bancuh Cinch Shake atau ESP Soy Protein, tak sampai 2 minit pun.SIAP! ;)


ohhhhhhh....nak order ye.boleh...boleh sms/wassap je Nisa : 012-3139439, kalau segan nak Nisa taw no hp korang, email pun boleh >>kieronnisa@gmail.com.

Friday, June 5, 2015

11 Tip Kesihatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
Assalammualaikum Dunia
1) Jaga solat 5 waktu
Selain ganjaran pahala, solat juga merupakan senaman yang menggunakan seluruh anggota badan.

2) Minum air suam sebelum sarapan
Mengamalkan meminum air suam secara berterusan  akan membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat. Ini baik sekiranya anda sedang mengamalkan program pelasingan badan atau diet.

3) Minum air kosong banyak
Ia membantu bekalan oksigen

4) Bersenam

Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk bersenam dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jika di rumah ada mini gym, ia amat membantu memudahkan senaman kita.

5) Bersukan
Luangkan masa untuk bersukan seperti bermain futsal, badminton dan sebagainya bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain menyihatkan badan, kita dapat meluangkan masa santai bersama rakan-rakan dan keluarga.

6) Elak beriadah pada waktu malam
Allah sediakan malam untuk berehat. Tambahaan pula, beriadah pada waktu malam sangat tidak bagus untuk jantung kerana waktu malam adalah masa terbaik jantung dikurangkan beban fungsinya.

7) Sentiasa gembira dan berfikiran positif
" You can't be healthy if you are not happy"
Amalan yang baik : 
  • Enjoy kerja, jadikan ia sebagai passion agar kita sentiasa teruja untuk bekerja.
  • Luang masa bermain dengan anak-anak. Pelukan dan ciuman anak-anak membuat kita gembira luar biasa.
  • Miliki hobi yang menyeronokkan.
8) Gunakan kuasa imaginasi
Imaginasi sangat berkuasa kerana ia akan mempengaruhi emosi, dan emosi kita mempengaruhi aksi yang terzahir. Justeru, sentiasa bayangkan yang indah-indah tentang hidup. Nescaya emosi akan positif dan tindakan akan positif. Jadi, kurang stres, mental pun sihat!

9) Fokus perkara yang mampu kita kawal
Dalam hidup kita ini banyak perkara yang kita tak mampu kawal. Namun, Allah juga memberi banyak perkara dalam kawalan kita. Allah bagi dua mata kepada kita, dan Allah bagi kuasa kepada kita untuk mengawal apa yang nak dilihat dan tidak mahu dilihat.
Jadi, fokus perkara yang dalam kawalan kita. Jika kita memfokus perkara di luar kawalan kita, hanya akan mengakibatkan stress, sakit jiwa sekaligus hidup jadi tidak sihat.

10) Bersangka baik dengan Allah
Setiap yang berlaku samada yang baik atau yang buruk, ada hikmahnya. Kerja kita hanyalah berlapang dada dan mencari hikmahnya. Sabar dan syukur dalam apa jua yang dihadapi.

Sumber : 10 tip kesihatan, Amin Idris

11) Mengambil supplement yang diperlukan


Sustained Release Vitamin C 
  • Sebagai antioksidan yang kuat dalam melindungi kulit dari pencemaran udara
  • Membantu menyekat bakteria yang boleh menyebabkan jerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi kulit dan meningkatkan pemulihan
  • Ia sangat penting untuk merangsang pembentukan dan pemulihan kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit kita
Vitamin E Complex
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit
  • Menghilangkan parut akibat jerawat
  • Mengurangkan bintik penuaan
B-Complex
  • Memperbaiki peredaran darah dan meratakan tona warna kulit pada wajah.
  • Tiada lagi masalah kulit bertompok-tompok
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan penuaan kulit
Promosi Vitamin C dan Vitamin E Shaklee.
BELI 6 DAPAT 1 PERCUMA!!
boleh share dengan sedara mara & kawan_kawan

ATAU BELI Twin Pack DAPAT 5% OFF.
WHAT ARE YOU WAITING FOR? DON'T MISS IT, JUST GRAB IT!
♥ SID : Khairunnisa
♥ ID No : 1200126
♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB

Wednesday, June 3, 2015

Coklat Sedap Untuk Kulit??

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
Assalammualaikum Dunia
 
Coklat selain merupakan makanan yang lazat dan banyak digemari ternyata memiliki banyak manfaat untuk kecantikan. Jom kita ambil sedikit masa untuk baca sampai habis manfaat coklat, pastu kita boleh amalkan dengan kaedah yang betul.
 



1. Scrub 
Anda boleh menggunakan serbuk coklat dengan susu serta yoghurt untuk membuat scrub. Scrub ini boleh membersihkan dan mencerahkan kulit dan mengganti sel kulit mati. Serbuk coklat juga boleh dilelehkan sebelumnya atau ketika dicampur dengan susu. Sapukan scrub cokelat ini pada wajah dan leher yang basah. Sapukan scrub searah jarum jam atau berlawanan selama 10 minit. Biarkan selama 5 minit dan kemudian basuh dengan air yang bersih.

2. Anti-ageing 
Kita semua tentu tak ingin ada garis halus terlihat pada wajah. Dan ternyata coklat juga bermanfaat untuk melawan penuaan kulit. Dark chocolate mengandung flavonoid yang meningkatkan elastisitas kulit dan mencegah penuaan. Lelehkan coklat dalam susu kemudian urutkan pada kulit. Lakukan dua atau tiga kali dalam seminggu untuk mencegah munculnya garis-garis halus.

3. Pencerah kulit
Manfaat coklat bagi kecantikan untuk facial. Coklat yang lazat itu boleh mencerahkan kulit. Anda boleh mencampurkan serbuk coklat dengan susu, madu, dan oatmeal. Sapukan pada wajah dan leher. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian, basuh dengan air untuk dapatkan kulit yang segar, bersih, dan cerah dalam beberapa minggu.

4. Detoksifikasi kulit
Serbuk coklat yang dicampurkan dengan kafein akan menjadi produk kecantikan terbaik untuk detoksifikasi kulit. Urut kulit dengan campuran coklat dan kafein itu untuk membersihkan kulit yang berminyak dan kusam.

5. Penggelapan kulit 
Kerosakan kulit sering kali terjadi akibat pancaran sinar matahari. Lindungi kulit dari sinar UV dengan mengaplikasikan coklat. Komposisi kecantikan ini mengandungi flavonoid dan antioksidan yang melembutkan dan mencegah penggelapan kulit.
 
 
Sekarang baru taw yang coklat ni bukan je sedap tapi untuk kulit pun bagus. Tapi yela, kebiasaanya kita tak pulak rajin untuk lulurkan dan manjakan kulit dengan serbuk coklat. Tak mengapa, boleh try ambil Vitamin C. Lebih mudah dan menjimatkan masa.
Kita tengok sikit apa kelebihan Vitamin C untuk kulit ??
 
 
1) Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

2) Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3)  Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligu smenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
 
Ok, itulah antara kebaikannya. Sebenarnya banyak lagi, cuma kali ni Nisa nak fokuskan pada kulit dulu. Nanti Nisa share lagi ye.
 
 
 
 

 

♥ SID : Khairunnisa
♥ ID No : 1200126
♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB