Tuesday, September 1, 2015

6 Tips sihat dengan Zumba

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم      
Assalammualaikum Dunia
Tengok je video ni, terus terasa nk berzumba sama. Fun and enjoyable!



Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobikTarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya. Satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min).WOOOWWW!!

Sihat dengan Zumba sebab :

1) Turun Berat Badan


Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan 'kewujudan' lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?

2) Badan Lebih Tegap

Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.

3) Memperoleh Rakan Baru

Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang 'gila-gila' menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.

4) Lebih Bertenaga & Seronok

Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!

5) Pelepas Tekanan

Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.

6) Sesuai Semua Usia

Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.

JOM KITA BERZUMBA!!

Di samping itu, untuk mereka yang memilih untuk SLIM DOWN boleh mengamalkan pengambilan protein dan mengurangkan karbohidrat. 

KURUS DAPAT! SIHAT DAPAT! SERONOK PUN DAPAT!

"LOVE YOUR BODY, ENJOY YOUR LIFE"



♥ SID : Khairunnisa
♥ ID No : 1200126
♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB


Tuesday, August 18, 2015

Tips Elak Stress Di Tempat Kerja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم      
Assalammualaikum Dunia

Tak dinafikan kadang-kadang ada masanya kita rasa sgt stress dengan kerja ataupun sebenarnya kita selalu stress di tempat kerja. Adakalanya, kita sampai blur dengan kerja sendiri. Kerja nak kene kejar due date lagi la buat kita rasa "aduhhhhhh...kenapa la nasib aku macam ni!!". Kerja yang last minit nak kene settle bertambah lagi stress. Kerja yang terpaksa menunggu org lain settle dlu, br bleh kte proceed utk part kita, lagi la "geramnyeeeeee...". Banyak betul asbab musabab yang boleh buat kita rasa stress kt tempat kerja.

So, lets check it out, ape kita boleh buat untuk elak stress :

  1. Cari punca tekanan - Kadangkala kita sendiri tahu apa yang menyebabkan punca stress di pejabat. Mungkin suasana pejabat, orang-orang di sekeliling kita, bos, atau pekerjaan yang tidak sesuai dengan diri kita. Jadi anda harus mengenalpasti punca tekanan anda terlebih dahulu.
  2. Berehat sebentar – Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
  3. Tarik nafas dalam-dalam – Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
  4. Berbincang dengan rakan – Masalah takkan selesai jika anda mendiamkan diri dan makan hati. Sebaiknya jika anda segan atau malu berbincang dengan teman sekerja atau bos, anda boleh juga meluahkan ia pada rakan terdekat atau pasangan anda. Mungkin ada idea atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.
  5. Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk bersantai, menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
  6. Layari laman web anti-stres – Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block di pejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat.
  7. Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda. Di gimnasium juga terdapat kelas aerobic, yoga dan tarian yang boleh menyihatkan tubuh dan minda.
  8. Ketawa  dan senyum – memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
  9. Makan dengan betul – Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress.
  10. Ambil supplemen yang bersesuaian - Pengambilan supplemen juga penting bagi kecerdesan minda kita dan ia juga dapat membantu kita untuk kekal bertenaga sewaktu kerja. Contohnya, anda boleh mengambil B-Complex Shaklee. B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Harapnya tips ini sedikit sebanyak dapat kita praktikkan dan membantu kita mengurangkan stress di tempat kerja.

"LOVE YOURSELF, ENJOY YOUR LIFE"

♥ SID : Khairunnisa
♥ ID No : 1200126
♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB

Tuesday, June 30, 2015

Nasi goreng... SEDAPNYEEEEE!!!

Salam,

Tiba-tiba time ni terliurnyeeeeeee nak makan nasi goreng. Sepanjang bulan puasa ni belum berpeluang nak rasa nasi goreng. Agaknya kalau orang lain, dah boring setiap kali sahur mesti makan nasi goreng.

Kalau ade kerajinan balik keje ni, nak masak nasi goreng la. Kempunan sangat dah ni, kalah orang mengandung...hihi. Nisa tak la pakar buat nasi goreng tapi setiap kali masak nasi goreng, satu family makan mesti bertambah-tambah sampai terpaksa masak nasi 3 kali ganda dari masak nasi biasa. Tambahan plak, masa keje dulu.. kawan2 asyik request suh Nisa masak nasi goreng. sedap sgt ke?? hehe. Kalau sedap sangat, ingat nak bukk gerai tepi jalan jual nasi goreng je... hehe. << perasan lebih


   Sekian cerita kempunan Nisa nak makan nasi goreng :D

Sunday, June 21, 2015

Happy Ramadhan


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم     
Assalammualaikum Dunia

Sori-sori... Nisa lupa nak wish Happy Ramadhan to all muslim. Dah masuk Ramadhan ke-4 baru nak wish, ntah pape la Nisa ni. 
So, amacam puasa masing2 selama 4 hari ni? Nisa setakat ni Alhamdulillah. Ada masa letih yang amat, ada masa bertenaga terlebih, ade masa biasa2 je...hehe.


Nak cite pasal sahur, penting taw kita ni bersahur. Nampak macam mudah je pengambilan sahur tapi sebenarnya kesan pengambilan sahur ni amat dalam. Nisa kalau tak sahur memang rasa nak baring je, melepet je tapi kalau sahur dengan makanan seimbang Alhamdulillah dapat bertahan dengan lebih baik. Kalau Nisa sahur dengan makanan seimbang bersama Cinch Shake Shaklee dan ambil Vita-Lea Shaklee makin bertenaga, lain macam punya tenaga. Bila time berbuka pun, xdela rasa nak lahap semua juadah makanan. Makan secara berpatutan. Banyaklah Nisa rasa perubahan dari Ramadhan sebelum ni. Sebab sblm ni, Nisa mesti time buka nak makan sampai ke depan perut ni, maklumlah orang badan besar ni kuat makan. 

Nisa sendiri rasa perubahan yang lebih baik lepas mengamalkan sahur dengan Cinch Shake Shaklee. Ambil sekali sehari pun memadai tapi kalo nak lebih best ambillah time buka sekali, ikut kesesuaian masing2. Bila buka makan secara berpatutan, solat terawih pun rasa seronok dan lebih fokus sebab tak perlu tahan perut yg xlarat rukuk dan sujud. Alhamdulillah.

Cinch Shake ni sesuai sangat diambil oleh orang-orang yang nak diet di samping masih nak bertenaga terutama bulan puasa ni. Boleh diet tapi tak letih. 

Nisa suggest jugak kalau sesiapa yang nak dapat sumber protein untuk power, boleh try ESP Soy Protein. ESP ni satu keluarga pun boleh minum. 

Jangan pening-pening kalau rushing nak makan sahur sebab kalau tak sempat makan boleh bancuh Cinch Shake atau ESP Soy Protein, tak sampai 2 minit pun.SIAP! ;)


ohhhhhhh....nak order ye.boleh...boleh sms/wassap je Nisa : 012-3139439, kalau segan nak Nisa taw no hp korang, email pun boleh >>kieronnisa@gmail.com.

Tuesday, June 9, 2015

2 hari weekend dihabiskan dengan penuh makna

Hai loyal readers,

Ok, Nisa saja nak perasan kononnya ade 'loyal readers'...hihi. Nisa la loyal reader tu, sape la nak baca blog kita kalo bukan kte sendiri.ok, dh cukup perasan.

Setelah sekian lama Nisa tak spend time untuk weekend, rasanya ada la dekat 3 bulan jugak sbb Nisa join kursus 3 bulan non-stop pada weekend. Wah, tiba-tiba rasa diri ni sangat gigih bekerja sambil berkursus dan akhirnya dapat jugak spend weekend baru-baru ni dengan penuh makna dan kepuasan sebelum menjelang Ramadhan yang hanya tinggal 9 hari ketibaanya.

6 Jun 2015, Sabtu

Setelah membuat perancangan dengan mama, ayah n adik kami bercadang nak keluar dari umah pukul 9pagi supaya dapat spend time lebih lama dan lebih banyak tempat untuk shopping. Tapi biasa la, perancangan yang Maha Esa lebih baik. Jadinya sepatutnya pukul 9pagi telah berubah ke pada masa yang lebih best pada matahari dah tegak iaitu pukul 11pagi. 

Langkah pertama :
11 pagi tula pegi breakfast dulu, tahan lapar. kirenye terus brunch jela. Sejak dah keje kt Bangi ni,taste dah makin up. Wahhh, poyo bunyinye. Takde pn 'proper plan' untuk shopping di mana, cuma yang taw nk shopping kt Shah Alam belakang Jakel. Sorry la Jakel, tak masuk lngsng... haha. Maklumlah, matahari dah tegak...kite pegi tempat yang perlu jela..panas melantun-lantun.

Langkah kedua :
Aktiviti window shopping pun bermula la. Kene la window shopping dulu sbb nk agak-agak balance dalam debit card ni cukup ke nk shopping mengikut trend org shah alam, kalo ikut trend kekampungan Nisa ni, mmg cnfirm la xmampu...huhu. Alhamdulillah, ade la sikit balance dalam debit card ni untuk digunakan demi 'reward' diri sendiri<<ayat nak sedapkan hati

Honestly, ni la 1st time Nisa masuk warung Qalaqisya yang serba pink ni. ternganga jap tengok bebaju n tetudung ni. Cantik! Memandangkan cantik sangat, Nisa pun ter la spend duit beli buku Qalaqisya...hehe. Cukupla buku je sebagai satu inspirasi untuk berangan jadi macam usahawan muda ni. 


Langkah ketiga :
Meneruskan ke langkah kaki ni ke warung-warung pakaian yang ade berdekatan, sempat la tertipu dengan harga yang dipamerkan. Di samping itu, terembat 3 helai instant shawl dek kerana tertipu dengan harga tersebut. Harga yang dipamerkan untuk material kain lain tapi beli shawl yang materialnye lain. Disebabkan dh mencuba semua colour shawl tu, kene la beli jgk. Nak pergi begitu shj, malu.

Langkah keempat :
Masuk ke warung Zawara, lagak macam masuk ibarat balance dlm debit card tu banyak 0 kt belakang. Masuk jela dulu kan, mana taw ade hasutan kata 'belilah...kali ni je pun'. Dek kerana hasutan tu sangat kuat, ter jugak la beli sehelai baju yg Nisa belum penah ade fesyen nye. ok, xpela.. 'reward' utk diri sendiri kn.

Langkah kelima :
Destinasi akhir sebelum ke umah makcik utk melawat opah <<tujuan utama. Real Hijab buat jualan di tapak promosi, tetudung usah cakapla lawanya colour2 n trendy. 


Tapi yang Nisa minat tetap instant shawl sbbnye senang nk bergaya. ish, salah niat dh tu. sbbnye nk menutup aurat. Harga yg sgt berpatutan, berpatutanla sbb mama yg belanja...hihi. Tq Mama! Mama borong, Nisa borong, adik borong, ayah layan jela. 
 Ayah mmg sporting melayan gugurl nye shopping
Muka happy dan penat, layan air jambu pun best. Tudung tu bkn Nisa punya sorang ye. :P

Langkah keenam :
Setelah selesai shopping, beredar ke tujuan utama. Opah masak nasi lemak, sedap sungguh! Puas makan setelah penat habiskan balance debit card. Dah selesai, gerak ke umah abang. spend a night there. 

Dinner :
Rasa mcm mls plak nk cite. kite tengok gambar jela, lg best kn. ;)
Warung hipster katanye




Puncak Alam, the exact tmpt xtaw. lupe nk check in :D

7 Jun 2015, Ahad

Sebab menginap di umah abang yang sulung, adalah kerana hari ni la. hari yang diluangkan masa di dalam kereta sbb dari puncak alam ke sabak bernam, sabak bernam ke puncak alam dan puncak alam ke seremban. Haaaa, best sgt duduk dalam kete kan. Walaupun lama dalam kereta tapi hari ini la paling best sbb dpt kumpul ngan family lepas tu gayat di kenduri kahwin orang lain. Mane tak gayatnye, tengok jela gambar ni.

Demikianlah cite 2 hari Nisa yang penuh makna setelah 3 bulan tak berjalan. Ibarat orang baru lepas keluar penjara.

Isnin kerja, kekalkan tenaga dengan menelan Vita-Lea Shaklee. Walaupun rasa macam rehat xcukup, tetap bertenaga. Alhamdulillah.

Nak order?? Boleh . Tanya kt nombor bawah ni ;)

♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB



Friday, June 5, 2015

4 Tip Gandakan Rezeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
Assalammualaikum Dunia
Allah menganugerahkan rezeki dalam berbagai-bagai bentuk termasuklah keluarga bahagia, kesihatan dan kemudahan dalam segala urusan. Rezeki boleh bertambah atau berkurang dalam bentuk kuantiti mahupun keberkatan. Jumlah pendapatan bukan kayu ukur keberkatan rezeki. Yang paling utama keberkatan rezeki tersebut.

Allah memberi peringatan :
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku menambah nikmat kepada kamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, pasti azab-Ku sangat berat." (Ibrahim 14:7)


Berikut empat peluang untuk menggandakan rezeki yang boleh kita lakukan di tempat kerja :

1) Menjalinkan hubungan silaturahim
Membina hubungan baik dengan rakan sekerja, majikan dan pelanggan merupakan peluang untuk meluaskan rezeki. Nabi bersabda, " Sesiapa ingin dilapangkan rezeki dan dilambatkan ajal maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat al-Bukhari)

2) Memberi manfaat untuk menerima
Sikap murah hati dengan rakan sekerja boleh menyuburkan rezeki. Fitrahnya kita akan menerima kembali perkara yang kita beri. Pemberian boleh kita lakukan dalam bentuk hadiah, sedekah, dan seumpamanya. "Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelalki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan kepada mereka, dan bagi mereka pahala yang banyak." (Al-Hadid 51:18)

3) Menunaikan hajat
Semua manusia berhajat akan sesuatu. Namun tidak semua hajat kita dapat dilaksanakan sendirian. Kadangkala kita perlukan bantuan orang lain. Alangkah gembira dan bahagianya andai hajat kita kita itu diperoleh.
Marilah kita berazam untuk menjadi orang yang selalu menunaikan hajat seseorang. Tunaikanlah hajat kawan, ketua, pelanggan, pemegang saham dan seumpamanya. Nabi bersabda : " Sesiapan yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya." (Riwayat Muslim)

4) Menolong yang lemah
Hulurkan bantuan dengan ikhlas hanya mengharapkan redha Allah. Kita perlu yakin bahawa segala kebajikan akan dibalas setimpal oleh Allah.
Nabi menjelaskan : " Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah dalam kalangan kamu." (Riwayat al-Bukhari)

Hubungan kita dengan Allah sahaja tidak cukup. Banyak kaedah yang diajarkan Nabi bahawa untuk menambah keberkatan rezeki, kita perlu membina hubungan dengan manusia.
Sumber :Solusi Isu 71, Hj Zainuddin Ali


Jom sesiapa yang nak dapatkan side income, Nisa nak tolong.


♥ SID : Khairunnisa

♥ ID No : 1200126

♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB