Tuesday, August 18, 2015

Tips Elak Stress Di Tempat Kerja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم      
Assalammualaikum Dunia

Tak dinafikan kadang-kadang ada masanya kita rasa sgt stress dengan kerja ataupun sebenarnya kita selalu stress di tempat kerja. Adakalanya, kita sampai blur dengan kerja sendiri. Kerja nak kene kejar due date lagi la buat kita rasa "aduhhhhhh...kenapa la nasib aku macam ni!!". Kerja yang last minit nak kene settle bertambah lagi stress. Kerja yang terpaksa menunggu org lain settle dlu, br bleh kte proceed utk part kita, lagi la "geramnyeeeeee...". Banyak betul asbab musabab yang boleh buat kita rasa stress kt tempat kerja.

So, lets check it out, ape kita boleh buat untuk elak stress :

  1. Cari punca tekanan - Kadangkala kita sendiri tahu apa yang menyebabkan punca stress di pejabat. Mungkin suasana pejabat, orang-orang di sekeliling kita, bos, atau pekerjaan yang tidak sesuai dengan diri kita. Jadi anda harus mengenalpasti punca tekanan anda terlebih dahulu.
  2. Berehat sebentar – Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
  3. Tarik nafas dalam-dalam – Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
  4. Berbincang dengan rakan – Masalah takkan selesai jika anda mendiamkan diri dan makan hati. Sebaiknya jika anda segan atau malu berbincang dengan teman sekerja atau bos, anda boleh juga meluahkan ia pada rakan terdekat atau pasangan anda. Mungkin ada idea atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.
  5. Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk bersantai, menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
  6. Layari laman web anti-stres – Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block di pejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat.
  7. Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda. Di gimnasium juga terdapat kelas aerobic, yoga dan tarian yang boleh menyihatkan tubuh dan minda.
  8. Ketawa  dan senyum – memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
  9. Makan dengan betul – Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress.
  10. Ambil supplemen yang bersesuaian - Pengambilan supplemen juga penting bagi kecerdesan minda kita dan ia juga dapat membantu kita untuk kekal bertenaga sewaktu kerja. Contohnya, anda boleh mengambil B-Complex Shaklee. B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Harapnya tips ini sedikit sebanyak dapat kita praktikkan dan membantu kita mengurangkan stress di tempat kerja.

"LOVE YOURSELF, ENJOY YOUR LIFE"

♥ SID : Khairunnisa
♥ ID No : 1200126
♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB