Tuesday, October 25, 2016

STAY STRONG HEART!


Oh heart, please stay strong!

Allah uji hati kita :
  • supaya kita kuat
  • supaya kita sentiasa ingat padaNya
  • supaya kita belajar ape itu kehidupan
  • supaya kita lebih matang
  • supaya kita belajar untuk SABAR
  • supaya kita berusaha untuk buat lebih baik
Ya Allah, padaMu sahaja tempat aku menyerah diri. Berikanlah aku kekuatan menghadapi apa jua dugaan yang Kau berikan.

Aku mengarang bila aku rasa aku perlu menulis untuk meluah. Aku tidak mengharap ada pembaca untuk buruk sangka pada penulisan aku. Menulis adalah cara terbaik untuk aku mengubati hati ini.

Ya Allah, Kau lah perancang terbaik. Berikanlah aku segala yang terbaikMu buat aku. Terkadang aku rasa terlalu lemah tak siapa pun tahu. Hanya Engkau sahaja memahami hati ku. Jika bersendirian adalah terbaik buat aku, biarlah keadaan ini membuatkan aku gembira dan tenang. Sesungguhnya nikmat tenang yang Kau berikan pada aku tak dapat dibayar oleh ape-ape pun. Nikmat tenang hanya dapat diberikan olehMu. Berikanlah aku ketenangan itu tidak kira apa keadaan yang berlaku.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari mereka yang busuk hati dan berhasad dengki. Temukanlah aku dengan sahabat-sahabat yang baik, yang boleh bersama-sama mengajak aku ke jalan kebaikan dunia dan akhirat. Aku perlukan sahabat-sahabat yang baik dan membahagiakan aku di dunia dan akhirat.

Ya Allah, ampunkanlah aku, ibu bapa ku, ahli keluargaku, sahabat-sahabat serta kaum muslim.

Amin~  


0 comments:

Post a Comment