Wednesday, May 27, 2015

Kisah Aku Seorang Guru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Bermula tahun 2010, aku menjejakkan kaki di sebuah sekolah dan langkahku dengan penuh keazaman sebagai seorang yang bakal begelar guru. Aku menyedari setapak je kakiku menjejak ke tanah ini, aku bakal memikul tanggungjawab yang sangat berat kepada anak-anak syurga yang satu hari akan menjadi seorang khalifah yang akan mempertahankan agamaNya. Inilah amanah yang harus aku jaga sebaiknya kerana aku yang bakal mencurahkan segala ilmu yang dikurniakan Allah untuk disampaikan kepada anak-anak ini.

Perjuangan aku sebagai Cikgu Matematik. Dengar macam senang je nak ajak math ni, nak ajar memang senang tapi nak mengajar bagi anak-anak faham tu yang merupakan cabaran. Aku beranikan diri menyahut cabaran kerana ini lah minat aku. Tahun ke tahun pelbagai kerenah anak-anak yang dapat aku belajar, bukan kerenah anak-anak je tapi kerenah ibubapa dan rakan-rakan seperjuangan jua mendidik aku untuk lebih memahami dan menjadi lebih baik.


Alhamdulillah, segalanya manis buat ku sepanjang bergelar guru. Tipulah kalau kata tak pernah ada rasa pahit tapi jujur aku kata takde satu yang pahit dapat aku kenang kerana yang manis ini sangat indah hingga aku lupa segala yang pahit dan duka.



Tugas seorang guru kini tidaklah seperti dulu, hanya mendidik anak bangsa tapi kerja-kerja kerani pun dah jadi salah satu tugasan penting. Semakin lama,fokus aku makin hilang dalam mendidik tetapi aku masih tidak mahu mengalah menjadi pendidik kerana melihat anak-anak setiap hari adalah pengubat stress buat aku. Melihat anak-anak syurga ini membuatkan aku happy setiap hari tapi disebabkan aku sibuk dengan tugasan-tugasan lain aku menjadi serba salah kepada anak-anak kerana mungkin aku tidak lagi memberi sepenuh fokus pada mereka.

Oleh itu, aku telah menamatkan tugas aku sebagai pendidik di sekolah pada 8 Mei 2015. Walaubagaimanapun, aku tidak pernah mahu tinggalkan dunia pendidikan. Aku masih meneruskan tugas sebagai guru di rumah dengan menjalankan tuisyen. 

Wahai pendidik sekalian, anda bertuah kerana dipilih untuk mendidik anak bangsa kerana ilmu yang bermanfaat bakal menjadi bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah..







My last day

Miss my kids

May they grow up as khalifah ALLAH for ISLAM

0 comments:

Post a Comment