Sunday, May 31, 2015

10 Cara Kalahkan Marah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
Assalammualaikum Dunia
Sebelum Nisa ada share tentang 3 sebab perlu mengawal marah. Post sebelum ni, Nisa ada kata nak share tentang cara kalahkan marah. Jom kita baca sama-sama.
1) INGAT FADILAT ORANG YANG MENAHAN MARAH
Siapa yang mampu mengawal kemarahan akan diberi ganjaran di dunia dan akhirat. Allah akan memberkati hidupnya kerana dia tidak menzalimi orang lain. 
Allah berfirman: Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kessalahan orang itu. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu? (Al-Nur 24 : 22)
2) INGAT MURKA ALLAH
Ketika ditanya kepada Rasulullah : " Apakah yang menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah?".
Jawab Nabi : "Janganlah kamu marah". (Riwayat Ahmad)

3) UCAPAKAN TAAWUZ
Sulaiman bin Shurad menceritakan : " Semasa aku duduk bersama-sama Nabi, kelihatan dua orang saling mencaci. Lalu salah seorang menjadi marah dan merah mukanya. Kemudian sabda Nabi, "Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan seandainya dia mengucapkannya pastilah hilang marah itu daripadanya : 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم : " Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk." (Riwayat al-Bukhari)
4) BAYANGKAN BETAPA BURUKNYA RUPA DAN PERILAKU KETIKA MARAH.
Wajahnya sangat buruk. Jika orang yang marah dapat melihat wajahnya sendiri ketika marah, dia akan berasa malu.

5) INGAT PEMBALASAN DI AKHIRAT
Mereka akan dimurkai dan dihumbankan ke neraka. Menyedari hakikat itu, orang yang lebih bijak rela menahan sifat marahnya di dunia daripada terpaksa menahan azab api neraka. Nauzubillah.

6) INGAT BALAS DENDAM PIHAK YANG DIMARAHI
Setiap kemarahan yang dilampiaskan kepada seseorang akan menimbulkan kemarahan kepada pihak yang 'kene marah'. Jadi tindakan mengawal marah akan menyelamatkan diri daripada kejahatan orang yang berdendam dan hasad dengki.

7) BERWUDHU
Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya marah daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api, dan hanyasanya api dapat dipadamkan dengan air, maka apabila ada di antara kamu marah hendaklah dia berwudhu." (Riwayat Abu Dawud)
8) UBAH POSISI FIZIKAL
" Apabila seseorang marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring." (Riwayat Abu Dawud)

9) BERDIAM DIRI
" Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi mengulangi ucapan baginda tiga kali. (Riwayat Ahmad)

10) TARIK NAFAS DALAM-DALAM DAN PANJANG, BERSELAWAT DAN BERISTIGFAR
Apabila rasa marah mula terasa sukar dikawal, tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam dan lepaskan. Berselawatlah dan beristigfarlah berulangkali. InsyaAllah kemarahan akan beransur reda dan kerasionalan akan kembali.

 Semoga kita tergolong dalam di kalangan orang-orang yang sabar dan mampu kalahkan marah.

Sumber : Artikel Marahlah Tetapi Bukan Kerana Marah, Pahrol Mohamad Juoi

0 comments:

Post a Comment