بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum Dunia
Marahlah tetapi bukan kerana marah
Musuh kebijaksanaan ialah sifat marah. Berapa ramai orang yang bijak, tetapi akhirnya jatuh terhina kerana gagal mengawal kemarahan. Apabila marah, akal akan ditawan oleh emosi. Diri hilang kendali.Pesanan pendek Nabi : "Jangan marah". Sebenarnya kemampuan mengawal marah ialah kemuncak sifat mahmudah. Maksudnya sikap ini terhasil daripada sifat pemurah, pemaaf, redha dll. Justeru pesanan baginda agar jangan marah samalah seperti menyuruh kita membina sifat-sifat mahmudah yang ' menghasilkannya' terlebih dahulu.
3 sebab perlu mengawal marah :
1. Perintah Allah dan Sunnah Rasulullah
Orang yang beriman sentiasa akur dan taat kepada perintah Allah. Melampiaskan marah di luar batas syariat adalah sifat terkeji. Banyak ayat Al-quran dan hadis yang melarang dan mencela sifat marah. Marah berpunca daripada takbur yang merupakan sifat syaitan. Daripada marah juga timbullah sifat dendam dan dengki. kesannya. hilanglah kebahagiaan dan ketenangan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Orang yang menurut rasa marah dan melanggar syariat akan diancam dengan api neraka.
2. Punca penyakit kronik
Marah akan menghasilkan kesan psikologi dan biologi. Ketika marah, denyut nadi dan tekanan darah akan meningkat. Begitu juga dengan tahap hormon, adrenalin dan noradrenalin. Oleh itu, marah akan memberi kesan pada jantung, ginjal dan paru-paru dan organ dalaman manusia lain-lain. Kajian membuktikan marah mudah diserang penyakit darah tinggi, lemah jantung, tekanan dan kemurungan.
3. Malaikat menjauh
Salah satu sebab malaikat meminggir dan syaitan hampir adalah tatkala kita sedang marah. "Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk bersama sahabat, lalu ada seorang mencaci Abu Bakar, tetapi Abu Bakar diam. Dia menyakitinya kedua kali, tetapi Abu Bakar masih diam. Lalu dia mencacinya lagi. Kali ini Abu Bakar membalas. Lantas Rasulullah beridiri. Abu Bakar bertanya, "Apakah engkau marah kepadaku,ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda, " Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang dia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaitan duduk di situ, maka tidaklah patut aku duduk kerana syaitan duduk di situ." (Riwayat Abu Dawud)
" Rasulullah bersabda, " Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang dia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaitan duduk di situ, maka tidaklah patut aku duduk kerana syaitan duduk di situ." (Riwayat Abu Dawud)InsyaAllah untuk post yang seterusnya Nisa nak share 10 cara kalahkan marah. Topik yang menarik untuk dikupas.
Sumber : Solusi isu 72, tulisan Pahrol Mohamad Juoi
Casino City, NY - MapyRO
ReplyDeleteWelcome to Casino City, 제주도 출장샵 NY. Welcome to Casino 통영 출장안마 City, New York. 경상북도 출장샵 Your 충주 출장안마 Home is at Risk of Leaking Your 진주 출장마사지 Account. We are an independent,
joya shoes 564v8driux129 joya sko,joya sko,joya skor,Cipő joya,zapatos joya,joya schoenen verkooppunten,Scarpe joya,chaussures joya,joya schuhe wien,joya schuhe joya shoes 039l3gofge102
ReplyDelete