Monday, June 1, 2015

7 Tips Elak Sakit Belakang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
Assalammualaikum Dunia
Aduh, Belakangku Sakit !

Pakar berpendapat sakit belakang berpunca daripada cara tulang, otot, ligamen, sendi dan saraf daripada bahagian belakang badan bekerja. Penjagaan bahagian belakang yang ditegakkan oleh tulang belakang (spine) ialah bahagian terpenting yang menghubungkan kepala dan kaki. Selain turut menyokong organ dan sistem penting dalam tubuh seperti jantung, hati, perut, buah pinggang dan saraf tunjang.
1) Postur berdiri
Elakkan berdiri dalam masa yang lama. Jika perlu berdiri lama semasa kerja, disyorkan berjalan sebentar selepas beberapa ketika atau dapatkan bangku untuk bertukar-tukar merehatkan salah satu kaki.

2) Postur duduk
Semasa duduk pasrtikan lutut yang dibengkokkan, bukannya belakang dan kaki selari dengan lantai. Elakkan membongkok, bertongkat atau tidur di meja. Seboleh-bolehnya guna kerusi yang mempunyai sandaran tangan (arm rest). Bangun dan tukar posisi setiap beberapa minit terutamanya semasa menaipatau lama memandu.

3) Posisi tidur

Lebih baik tidur di sebelah sisi (kanan atau kiri) untuk mengekalkan tulang belakang yang lurus. Sunnah Nabi menyukai tidur dengan mengiring ke sebelah kanan. Dapatkan tilam yang sedikit keras, tidak terlalu lembut  sehinggakan belakang melengkung sepanjang masa.

4) Angkat barang
Bengkokkan lutut, bukannya belakang jika mengangkat barang. Angkat dan bawa barang dekat kepada badan. Berdiri tegak, jangan bongkok dan berpusing pada masa sama. Gunakan beg galas belakang berbanding beg galas sisi jika membawa barang.

5) Bersenam

Senaman seperti regangan, berjalan, berenang dan berbasikal amat baik untuk menguatkan otot belakang yang menyokong tulang belakang. Senaman yang betul boleh menghilangkan sakit belakang bagi penghidapnya.

6) Kurangkan berat badan
Berat yang dikurangkan mengurangkan bebanan kepada tulang belakang. Kajian menunjukkan majoriti penghidap sakit belakang dapat menghindarkan masalah ini selepas mengurangkan sekurang-kurangnya 10% daripada berat badan semasa.

7) Jangan merokok


Kajian mendapati perokok mempunyai risiko 80% lebih tinggi untuk mengalami sakit belakang akibat kemorosotan tulang belakang. Jika ditambah dengan masalah kolestrol tinggi, maka lebih berisiko mengalami lumbar spondylosis. Kcederaan ini berlaku kerana rokok dan kolestrol mengurangkan aliran darah ke tulang dan otot belakang.

Sumber : Sihat 'Afiat, Left. (Dr) Ahmad Faidhi Mohd Zaini

4 comments:

  1. Bab angkat barang tu memang beri kesan yang agak mendalam pada kita kan. Tq share tips =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul tu.kadang kite xperasan bila nak cepat.. tq singgah blog sy ;)

      Delete
  2. posisi tidur pun penting. salah pusing esok bangun sakit pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula,kene biasakan diri tidur posisi yg betul.

      Delete