Sunday, May 31, 2015

10 Cara Kalahkan Marah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
Assalammualaikum Dunia
Sebelum Nisa ada share tentang 3 sebab perlu mengawal marah. Post sebelum ni, Nisa ada kata nak share tentang cara kalahkan marah. Jom kita baca sama-sama.
1) INGAT FADILAT ORANG YANG MENAHAN MARAH
Siapa yang mampu mengawal kemarahan akan diberi ganjaran di dunia dan akhirat. Allah akan memberkati hidupnya kerana dia tidak menzalimi orang lain. 
Allah berfirman: Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kessalahan orang itu. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu? (Al-Nur 24 : 22)
2) INGAT MURKA ALLAH
Ketika ditanya kepada Rasulullah : " Apakah yang menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah?".
Jawab Nabi : "Janganlah kamu marah". (Riwayat Ahmad)

3) UCAPAKAN TAAWUZ
Sulaiman bin Shurad menceritakan : " Semasa aku duduk bersama-sama Nabi, kelihatan dua orang saling mencaci. Lalu salah seorang menjadi marah dan merah mukanya. Kemudian sabda Nabi, "Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan seandainya dia mengucapkannya pastilah hilang marah itu daripadanya : 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم : " Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk." (Riwayat al-Bukhari)
4) BAYANGKAN BETAPA BURUKNYA RUPA DAN PERILAKU KETIKA MARAH.
Wajahnya sangat buruk. Jika orang yang marah dapat melihat wajahnya sendiri ketika marah, dia akan berasa malu.

5) INGAT PEMBALASAN DI AKHIRAT
Mereka akan dimurkai dan dihumbankan ke neraka. Menyedari hakikat itu, orang yang lebih bijak rela menahan sifat marahnya di dunia daripada terpaksa menahan azab api neraka. Nauzubillah.

6) INGAT BALAS DENDAM PIHAK YANG DIMARAHI
Setiap kemarahan yang dilampiaskan kepada seseorang akan menimbulkan kemarahan kepada pihak yang 'kene marah'. Jadi tindakan mengawal marah akan menyelamatkan diri daripada kejahatan orang yang berdendam dan hasad dengki.

7) BERWUDHU
Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya marah daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api, dan hanyasanya api dapat dipadamkan dengan air, maka apabila ada di antara kamu marah hendaklah dia berwudhu." (Riwayat Abu Dawud)
8) UBAH POSISI FIZIKAL
" Apabila seseorang marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring." (Riwayat Abu Dawud)

9) BERDIAM DIRI
" Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi mengulangi ucapan baginda tiga kali. (Riwayat Ahmad)

10) TARIK NAFAS DALAM-DALAM DAN PANJANG, BERSELAWAT DAN BERISTIGFAR
Apabila rasa marah mula terasa sukar dikawal, tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam dan lepaskan. Berselawatlah dan beristigfarlah berulangkali. InsyaAllah kemarahan akan beransur reda dan kerasionalan akan kembali.

 Semoga kita tergolong dalam di kalangan orang-orang yang sabar dan mampu kalahkan marah.

Sumber : Artikel Marahlah Tetapi Bukan Kerana Marah, Pahrol Mohamad Juoi

Saturday, May 30, 2015

Cerdik Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
Assalammualaikum Dunia
1. Doa Anak Soleh

Selagi hidup, kita akan berdepan dengan berbagai-bagai masalah. Tetapi ramai dapat membantu kita semasa di dunia ini. Apabila kita mati, masalah kita akan bertambah dan tiada siapa yang dapat bantu, kecuali doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain.
Apabila kita mati, masalah kita akan bertambah dan tiada siapa yang dapat bantu, kecuali doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain.
2. Orang Kaya

Orang yang kaya bukanlah orang yang punya segala-galanya. Tetapi orang yang sentiasa bersedia memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Semoga Allah menjadikan kita semua orang kaya,

3. Hidup dan Mati

Tidak ada orang yang minta untuk dilahirkan. Tidak ada orang yang tahu tarikh kematian. Tatkala manusia, memmanfaatkan kegidupan sebelum tiba kematian. Sebab kematian itu pasti mendatangani setiap kelahiran. 

Karya hati dan budi : Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

3 Sebab Perlu Mengawal Marah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
Assalammualaikum Dunia
Marahlah tetapi bukan kerana marah

Musuh kebijaksanaan ialah sifat marah. Berapa ramai orang yang bijak, tetapi akhirnya jatuh terhina kerana gagal mengawal kemarahan. Apabila marah, akal akan ditawan oleh emosi. Diri hilang kendali. 
Pesanan pendek Nabi : "Jangan marah". Sebenarnya kemampuan mengawal marah ialah kemuncak sifat mahmudah. Maksudnya sikap ini terhasil daripada sifat pemurah, pemaaf, redha dll. Justeru pesanan baginda agar jangan marah samalah seperti menyuruh kita membina sifat-sifat mahmudah yang ' menghasilkannya' terlebih dahulu.

3 sebab perlu mengawal marah :

1. Perintah Allah dan Sunnah Rasulullah
Orang yang beriman sentiasa akur dan taat kepada perintah Allah. Melampiaskan marah di luar batas syariat adalah sifat terkeji. Banyak ayat Al-quran dan hadis yang melarang dan mencela sifat marah. Marah berpunca daripada takbur yang merupakan sifat syaitan. Daripada marah juga timbullah sifat dendam dan dengki. kesannya. hilanglah kebahagiaan dan ketenangan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Orang yang menurut rasa marah  dan melanggar syariat akan diancam dengan api neraka.

2. Punca penyakit kronik



Marah akan menghasilkan kesan psikologi dan biologi. Ketika marah, denyut nadi dan tekanan darah akan meningkat. Begitu juga dengan tahap hormon, adrenalin dan noradrenalin. Oleh itu, marah akan memberi kesan pada jantung, ginjal dan paru-paru dan organ dalaman manusia lain-lain. Kajian membuktikan marah mudah diserang penyakit darah tinggi, lemah jantung, tekanan dan kemurungan.

3. Malaikat menjauh
Salah satu sebab malaikat meminggir dan syaitan hampir adalah tatkala kita sedang marah. "Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk bersama sahabat, lalu ada seorang mencaci Abu Bakar, tetapi Abu Bakar diam. Dia menyakitinya kedua kali, tetapi Abu Bakar masih diam. Lalu dia mencacinya lagi. Kali ini Abu Bakar membalas. Lantas Rasulullah beridiri. Abu Bakar bertanya, "Apakah engkau marah kepadaku,ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda, " Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang dia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaitan duduk di situ, maka tidaklah patut aku duduk kerana syaitan duduk di situ." (Riwayat Abu Dawud)

" Rasulullah bersabda, " Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang dia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaitan duduk di situ, maka tidaklah patut aku duduk kerana syaitan duduk di situ." (Riwayat Abu Dawud)
InsyaAllah untuk post yang seterusnya Nisa nak share 10 cara kalahkan marah. Topik yang menarik untuk dikupas.

Sumber : Solusi isu 72, tulisan Pahrol Mohamad Juoi

Friday, May 29, 2015

Recipe for breakfast : Banana berry smoothies

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
Assalammualaikum Dunia
Good morning
Feeling want to have a western style of breakfast drink??
Here I share the recipe
Ingredients :
  • 200g strawberries
  • 125g / 1 cup raspberries
  • 2 bananas
  • 250ml/ 1cup yoghurt
  • 4 ice cubes

Method :
  • Set 4 strawberries aside to garnish and place the rest of them in a blender with the remaining ingredients.
  • Blend until smooth and serves garnished with the remaining strawberries.



ENJOY YOUR DRINKS 

Taken from : 30 minute meals

It All Starts Here

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
Assalammualaikum Dunia

Get Moving !

Success doesn't come to those wait around for it. It comes to those who create it!

Following are five steps to get you started.

1. Analyze your current situation.
  • Are you happy with what you are doing now? Do you like the field you are in? Are there any real opportunities for growth? Your honest answers to these questions can help you determine if it's time to move on.
2. Brainstorm for career alternatives.
  • This is a big one! use the career advice section and do extra research about fields you find interesting. 
3. Do you have the right education?
  • As you consider your career options, it's important to make sure you have the proper education.
4. Work to develop you skills.
  • Every experience in life can teach you something. Start looking around for opportunities to learn new things.
5. Volunteer.
  • Organizations are always looking for volunteers. They can help you wonderful connections.

Let's help them ! This is one of our social responsibility for our ISLAM



Taken from : Business success in your 20s & 30s, Robert Sofia 

Thursday, May 28, 2015

Daily Reflections 01

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  

Assalammualaikum Dunia
PROBABLY THE MOST important deposit you can make into an Emotional Bank Account is just to listen, without judging or preaching or reading your own autobiography into what someone says. Just listen and seek to understand. Let him feel your concern for him, your acceptance of him as a person.
He may not respond at first. But as those genuine deposits keep coming, they begin to add up. That overdrawn balance is shrinking.
p.190

Taken from : Daily Reflections for Highly Effective People, Stephen R.Covey

Breakfast

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
Assalammualaikum Dunia 


Nisa Ahmad hari ni nak cerita pasal menu breakfast yg nisa 1st time try. Roti Canai Banjir memang banjir sungguh serta berlemak krim rasanya. 1st time try, mmg bleh recommend la ini menu tp dgn syarat dtg bwk perut kosong dan harus di order dengan air yang light mcm limau suam, barli suam dan seeloknya air suam jela.

Roti canai yang dilimpahkan dengan kuah kari, dal dan sambal memang awesome la, ditambah plak dengan 2 biji telur separuh masak. Memang muak la kalo makan berlebihan. Sesape peminat roti canai + kuah nak banyak + suka makan telur, mmg cukup pakej la untuk menikmati hidangan ni.

Sorilah, nisa lupa la kedai ni kat mana sbb kwn yg tunjuk jalan. nisa ikut je...hehe. Yang nisa taw, tempat nisa makan ni kt bangi. Mungkin tempat lain pun ade.

Menu ni nisa bagi 4 bintang. ;)






Wednesday, May 27, 2015

Kisah Aku Seorang Guru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Bermula tahun 2010, aku menjejakkan kaki di sebuah sekolah dan langkahku dengan penuh keazaman sebagai seorang yang bakal begelar guru. Aku menyedari setapak je kakiku menjejak ke tanah ini, aku bakal memikul tanggungjawab yang sangat berat kepada anak-anak syurga yang satu hari akan menjadi seorang khalifah yang akan mempertahankan agamaNya. Inilah amanah yang harus aku jaga sebaiknya kerana aku yang bakal mencurahkan segala ilmu yang dikurniakan Allah untuk disampaikan kepada anak-anak ini.

Perjuangan aku sebagai Cikgu Matematik. Dengar macam senang je nak ajak math ni, nak ajar memang senang tapi nak mengajar bagi anak-anak faham tu yang merupakan cabaran. Aku beranikan diri menyahut cabaran kerana ini lah minat aku. Tahun ke tahun pelbagai kerenah anak-anak yang dapat aku belajar, bukan kerenah anak-anak je tapi kerenah ibubapa dan rakan-rakan seperjuangan jua mendidik aku untuk lebih memahami dan menjadi lebih baik.


Alhamdulillah, segalanya manis buat ku sepanjang bergelar guru. Tipulah kalau kata tak pernah ada rasa pahit tapi jujur aku kata takde satu yang pahit dapat aku kenang kerana yang manis ini sangat indah hingga aku lupa segala yang pahit dan duka.



Tugas seorang guru kini tidaklah seperti dulu, hanya mendidik anak bangsa tapi kerja-kerja kerani pun dah jadi salah satu tugasan penting. Semakin lama,fokus aku makin hilang dalam mendidik tetapi aku masih tidak mahu mengalah menjadi pendidik kerana melihat anak-anak setiap hari adalah pengubat stress buat aku. Melihat anak-anak syurga ini membuatkan aku happy setiap hari tapi disebabkan aku sibuk dengan tugasan-tugasan lain aku menjadi serba salah kepada anak-anak kerana mungkin aku tidak lagi memberi sepenuh fokus pada mereka.

Oleh itu, aku telah menamatkan tugas aku sebagai pendidik di sekolah pada 8 Mei 2015. Walaubagaimanapun, aku tidak pernah mahu tinggalkan dunia pendidikan. Aku masih meneruskan tugas sebagai guru di rumah dengan menjalankan tuisyen. 

Wahai pendidik sekalian, anda bertuah kerana dipilih untuk mendidik anak bangsa kerana ilmu yang bermanfaat bakal menjadi bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah..







My last day

Miss my kids

May they grow up as khalifah ALLAH for ISLAM

Tuesday, May 26, 2015

Pra Ramadhan

Assalammualaikum Dunia....

Amacam ibadah kita hari ni? Harapnye kita lebih baik dari semalam dan akan bertambah baik dari hari ke hari. Bertapa beruntungnya kita menjadi Hamba ALLAH kerana iman manusia boleh bertambah dari hari ke hari sedangkan iman Malaikat pun konsisten sahaja. ayuh ucapkan ALHAMDULILLAH setiap hari tanda kita beterima kasih pada ALLAH.

Ramadhan dah tak lama ni, bulan ibadah yang ditunggu2 oleh orang-orang yang beriman. Moga kita tergolong di kalangan golongan org2 yg beriman. Amin...

Di sini sy share lagu favorite sy setiap kali nak tiba ramadhan. makin terasa keseronokan nk menyambut bulan penuh rahmat ini.



1st entry


Entry yang pertama dimulakan dengan kata-kata Mark Zukerbeg (sape yg x kenal Mark ni, mungkin sebab dia masih hidup zmn batu :P ).Kalo kita fikirkan kata2 Mark ni bleh jadi negatif, boleh jadi positif. 

So, jom saya nak bawak kita fikirkannya sebagai sesuatu yang positif. Contoh paling mudahla, kita amik cth org nk lintas jalan. Just imagine, kalo kita fikirkan risiko yang bakal kita hadapi kalo kita pilih untuk melintas jalan dan kita fikirkan kemungkinan yang bakal kita hadapi, kita mungkin akan dilanggar, mungkin jugak tiba-tiba ade sebuah motor meragut handbag, mungkin jugak kita stuck tgh garisan jalan raya dek kerana kereta tibe-tibe dtg kiri kanan jalan dan kesudahannya kita pilih taknak lintas.Jadinya kita takkan berubahlah sampai bila-bila.

Bila kita ade keberanian untuk mengambil risiko, kita akan lebih maju ke hadapan daripada org lain. 

Pilihan di tangan kita.So, PILIH-LAH !