Friday, June 5, 2015

4 Tip Gandakan Rezeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    
Assalammualaikum Dunia
Allah menganugerahkan rezeki dalam berbagai-bagai bentuk termasuklah keluarga bahagia, kesihatan dan kemudahan dalam segala urusan. Rezeki boleh bertambah atau berkurang dalam bentuk kuantiti mahupun keberkatan. Jumlah pendapatan bukan kayu ukur keberkatan rezeki. Yang paling utama keberkatan rezeki tersebut.

Allah memberi peringatan :
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku menambah nikmat kepada kamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, pasti azab-Ku sangat berat." (Ibrahim 14:7)


Berikut empat peluang untuk menggandakan rezeki yang boleh kita lakukan di tempat kerja :

1) Menjalinkan hubungan silaturahim
Membina hubungan baik dengan rakan sekerja, majikan dan pelanggan merupakan peluang untuk meluaskan rezeki. Nabi bersabda, " Sesiapa ingin dilapangkan rezeki dan dilambatkan ajal maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat al-Bukhari)

2) Memberi manfaat untuk menerima
Sikap murah hati dengan rakan sekerja boleh menyuburkan rezeki. Fitrahnya kita akan menerima kembali perkara yang kita beri. Pemberian boleh kita lakukan dalam bentuk hadiah, sedekah, dan seumpamanya. "Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelalki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan kepada mereka, dan bagi mereka pahala yang banyak." (Al-Hadid 51:18)

3) Menunaikan hajat
Semua manusia berhajat akan sesuatu. Namun tidak semua hajat kita dapat dilaksanakan sendirian. Kadangkala kita perlukan bantuan orang lain. Alangkah gembira dan bahagianya andai hajat kita kita itu diperoleh.
Marilah kita berazam untuk menjadi orang yang selalu menunaikan hajat seseorang. Tunaikanlah hajat kawan, ketua, pelanggan, pemegang saham dan seumpamanya. Nabi bersabda : " Sesiapan yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya." (Riwayat Muslim)

4) Menolong yang lemah
Hulurkan bantuan dengan ikhlas hanya mengharapkan redha Allah. Kita perlu yakin bahawa segala kebajikan akan dibalas setimpal oleh Allah.
Nabi menjelaskan : " Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah dalam kalangan kamu." (Riwayat al-Bukhari)

Hubungan kita dengan Allah sahaja tidak cukup. Banyak kaedah yang diajarkan Nabi bahawa untuk menambah keberkatan rezeki, kita perlu membina hubungan dengan manusia.
Sumber :Solusi Isu 71, Hj Zainuddin Ali


Jom sesiapa yang nak dapatkan side income, Nisa nak tolong.


♥ SID : Khairunnisa

♥ ID No : 1200126

♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
 Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB

    Related Posts:

    • It All Starts Here بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم    Assalammualaikum Dunia Get Moving ! Success doesn't come to those wait around for … Read More
    • Daily Reflections 01 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   Assalammualaikum Dunia PROBABLY THE MOST important deposit you can make into an Emotional Bank … Read More
    • 1st entry Entry yang pertama dimulakan dengan kata-kata Mark Zukerbeg (sape yg x kenal Mark ni, mungkin sebab dia masih hidup zmn batu :P ).Kalo kita fikirk… Read More
    • 4 Tip Gandakan Rezeki بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم     Assalammualaikum Dunia Allah menganugerahkan rezeki dalam berbagai-bagai bentuk ter… Read More
    • 11 Tip Kesihatan بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم     Assalammualaikum Dunia 1) Jaga solat 5 waktu Selain ganjaran pahala, solat juga… Read More

    0 comments:

    Post a Comment