بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum Dunia
Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.
- Minum segelas air suam sebaik bangun tidur. Minum air suam di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
- Minum segelas air suam sejam sebelum tidur.
- Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
- Minum setengah gelas/segelas air suam setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.
- Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.
- Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air suam.
- Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.
- Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.
- Pastikan air suam sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.
- Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi sebelum sampai waktu makan.
Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.
WAKTU TERBAIK MINUM AIR SUAM
- Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR . Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
- Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan .
- Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI . Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah .
- Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR . Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur .
♥ SID : Khairunnisa
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1200126 ]
♥ SMS/WhatsApp : 012-3139439
♥ Emel : kieronnisa@gmail.com
♥ Facebook : Khairunnisa AB
0 comments:
Post a Comment